Thursday, October 18, 2012

Tarbiyah



Assalamualaikum.. 
:D   Senyum.. heheh.. Senyum seindah suria yang membawa cahaya… senyumlah dari hati duniamu berseri… senyum kepada semua.. senyumanmu membawa cahaya.. so.. senyum  :D
Adakah antum  mengikuti perkembangan ana.. jika ya.. trima kasih. Kerana sudi meluangkan masa..
Ya topic yang ana akan bawa kali ini ialah. Tarbiyah.. 







Apakah tarbiyah..  apakah kaitan kita sbgai makhluk yg diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan tarbiyah..& apakah tarbiyah yg dimaksudkan.. & bagaimana kta praktikan dalam kehidpuan seharian kita sbgai.. hambaNya..

Tarbiyah..

 TARBIYAH BUKAN SEGALA-GALANYA.. TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYAH….




Tarbiyah mengikut kefahaman ana. Ialah didikan, pendidikan, pengajaran, ilmu yang diajar InsyaAllah..  bagaimana pula dngan antum sekalian.. apakah bayangan antum terhadap Tarbiyah..

Tarbiyah

Menurut Dr Ali Abdul Halim Mahmud dalam buku beliau dengan judul terjemahan 'Perangkat-Perangkat Tarbiyah Ikhwanul Muslimin', mendefinisikan tarbiyah

"Apa maksud TARBIYAH?," tanya kita.

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)
 

Berdasarkan definisi tersebut dapat difahami bahawa tarbiyah melibatkan hubungan sosial sesama manusia di sekeliling kita. Justeru manusia punya pelbagai ragam dan latar belakang tersendiri yang tidak boleh tidak perlu diberi perhatian sewaktu kita ingin melibatkan seseorang ke dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. Kita bukan mentarbiyah robot yang 100% akan mengikut segala cakap dan arahan kita. Tidak punya emosi dan perasaan, tidak punya akal fikiran, tidak punya tanggungan dan beban lain yang perlu diberi perhatian. Tapi kita mentarbiyah manusia!




Dalam membahaskan tentang tarbiyah, ada dua kata kunci penting iaitu tathwir dan taurith.

Tathwir ialah pengembangan.

Ertinya tarbiyah bertujuan mengembangkan potensi seseorang yang mentarbiyah dan ditarbiyah. Setiap manusia punya potensi kebaikan dan kejahatan seperti yang ALLAH ungkapkan dalam surah asy-Syams; 91:7:

Maka KAMI ilhamkan kepada jiwa itu jalan fujur dan jalan taqwa.

Justeru tarbiyah bertujuan mengembangkan potensi taqwa mengatasi potensi dan kecenderungan berbuat dosa.

Selain itu, turut dikembangkan dan diberi perhatian ialah potensi dalam diri seseorang yang kadang-kadang menjadi kelebihan khusus bagi dirinya dan mendatangkan manfaat yang besar buat dakwah. Contohnya kebolehan seseorang dalam menulis, menyampaikan syarahan di hadapan ribuan manusia dan kebolehan mengendalikan sebuah kursus motivasi pelbagai peringkat umur dan status sosial masyarakat.

Manakala Taurith pula bermaksud pewarisan.

Yakni tarbiyah ialah sebuah pewarisan ilmu dan amal. Kerana itulah wujudnya murabbi dan mutarabbi. Seorang murabbi BERKEWAJIPAN mewariskan bukan sekadar ilmu, tapi juga amal da'awi dan tarbawi kepada mutarabbinya. Kemudian mutarabbi tersebut juga lambat laun perlu menjadi murabbi kepada generasi seterusnya dan turut sama BERKEWAJIPAN mewariskan ilmu dan amal. Hal inilah yang bakal menjamin kelangsungan gerak kerja dakwah dan tarbiyah di sesuatu tempat.

Dalam menjalankan proses tarbiyah, pelbagai kendala perlu ditempuh. Pada masa yang sama juga beberapa fenomena sering berlaku akibat masalah yang menimpa. Ada halaqah yang tidak konsisten dilaksanakan, ada murabbi yang tidak mengambil berat perihal peribadi mutarabbi, ada murabbi yang tidak disiplin, tidak menepati masa, ada mutarabbi yang tidak menjaga ukhuwwah sesama ‘halaqah-mate’ yang lain, ada mutarabbi yang tidak menunjukkan minat untuk beramal jama’ie, dan lain-lain. Ringkasnya, ada masalah yang datang dari murabbi dan ada yang berpunca dari mutarabbi. Ada lagi fenomena yang berlaku akibat kendala dalaman, dan ada juga yang berpunca dari kendala luaran.& sebagainya.


Mungkin antum semua sukar untuk memahami mengikut definisi di atas. Begitu juga dengan ana.
Biasalah, orang baru nak berjinak-jinak mestilah payah nak faham dengan sekali baca kan? Ok, antum baca pula definisi tarbiyah yang lain.

"Apa maksud TARBIYAH?", tanya kita lagi terpinga-pinga.
 
Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik
dinamakan Murobbi.


Haa. Semakin jelas di situ nampaknya. Namun, kadang-kadang kita masih keliru. Amende la
TARBIYAH ni kan.


"Apa maksud TARBIYAH?", terpinga-pinga kita bertanya lagi.
 Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan 
menyenangkan (tidak membosankan).

3. Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.

4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.
 

Oleh itu apa yg ana dh khabarkan ke antum mengenai tarbiyah sedikit sebanyak telah mempermudahkan antum sekalian.. InsyaAllah.. Ilmu adalah wajib dipelajari.. tidak kisahlah apa bentuk ilmu yang dipelajari.. Cuma cara kita amalkannya.. & niat kita

Ingat !!! NIAT TIDAK SEMESTINYA MENGHALALKAN CARA ..!!!!

Janganlah sampai menjadi najis bak kata Ustaz Azhar Idrus oleh itu kita pelihara ilmu kita baik2 & amalkan sebaik yang mungkin.

Ana sekarang dalam proses mentarbiyah diri… da nana sendiri ada murrabbi & ana sebagai muttarrabbi.. InsyaAllah… Ana Ingin menuntut ilmu & utk dikogsikan serta di manfaatkan bersama  antum sekalian.

TARBIYAH BUKAN SEGALA-GALANYA.. TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYAH….





Sekian Assalamualaikum...

Sunday, October 14, 2012

Unimas Sem 1 Versi 1 :D



Assalamualaikum.. 

Antum  Khaifahaluka/khaifahaluki ? InsyaAllah.. Ana Alhamdulillah bil khoir..
Sudah lebih sebulan ana berada di Unimas..  dah masuk minggu ke 6 ana di sini… Alhamdulillah.. Syukur ana dapat membiasakan diri ana dengan persekitaran di sini..
Pelik !!! terkejut !! ???? Kenapa ?? ana bahasakan diri ana ana.. ialah bahasa arab yg membawa maksud saya… InsyaAllah ana ingin belajar bahasa Arab. Oleh itu mohon utk mempermudah cara bg ana.. ana akn sentiasa mentarbiah diri utk mengaji bahasa Arab.. Persediaan & usaha mesti lah dilakukan.. kalau x ia x akan berhasil betul x ?? heheh… Oleh itu antum sekalian bantulah ana utk memantapkan lagi bahasa arab utk keperluan diri ana. InsyaAllah..
Apa yg ana buat di unimas sepanjang bulan pertama ini??
Oh.. Soalan yg bagus lagi bijaksana.. InsyaAllah ana akan kupaskan sedalam2 nya & ana akn yg terperincikan apa yg ana lalui di sini sepanjang  sebulan ana di sini InsyaAllah..

Pertama kalinya ana ingin memohon seribu kemaafan kerana ana tidak dapat utk berkongsi kisah & cerita dngn antum skalian melalui halaman ini.. kerana dek kesibukan yg melanda.. ana terpaksa  & perlu untuk menyelesaikan segala tugas & kerja Yg tertangguh & diberi.. oleh itu masa utk ana mengarang & berblog adalah terhad.. oleh itu.. ana cuba utk berkongsi jua.. utk tatapan bersama.. InsyaAllah.. Yg baik itu dari Allah.. Yg buruk itu dari kelemahan diri ana sendiri.. Mohon tegur lah ana.. agar ana sentiasa berada dalam landasan yang benar.. kerana ana & antum sekalian hanya manusia biasa.. tidak sempurna…  Mohon bantu lah ana InsyaAllah.. jangan biarkan ana hanyut dngan penipuan & kesilapan2 kecil yg mampu mndorong diri ana melakukan kemungkaran InsyaAllah.. Amal makruf Nahi Mungkar..

       Terjemahan dari Potongan ayat dalam Al-Quran  




Aku Tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka  beribadah kepadaku (Al-Dzariyat :56)


Apa yg cuba ana sampaikan ialah.. Tugas kita di muka bumi ini ialah utk menjadi khalifah & beribadah kepada Allah s.w.t .. serta mengerti tentang Islam sedalam dalamnya.. maka dengan itu, tuntut lah ilmu kerana menuntut ilmu itu adalah wajib..  Sebagai pengolahannya.. ana skrang menuntut ilmu di Universiti Malaysia Sarawak.. dalam bidang perniagaan.. Di samping ana menuntut ilmu dunia.. ana juga tidak ketinggalan untuk menuntut ilmu dari sahabat sahabat yang mampu mendorong ana ke jalan kebenaran.. InsyaAllah.. Ukhwah itu penting.. Kerana dngn ukhwah lah kita dapat memperbaiki diri di samping membantu sahabat2 yang lain.. ketahuilah bahawa berkawan juga mempunyai adab.. adab berkawan ialah kita harus memilih kawan yang baik2 iaini mereka yg soleh yang mampu membimbing serta menasihati kita melakukan amal ibadah kepada Allah insyaAllah.. Berlainan dengan bergaul.. Ya kita boleh bergaul dngn sesiapa sahaja.. tp jangan kita jadikan rakan pergaulan kita sebagai sahabat & kawan yg mampu membimbing kita melakukan ibadah.. contoh nya.. Kita berkawan Dengan Muslimin & Muslimat..  Yg Baik agamanya.. Serta Ilmunya agar dapat membantu kita.. & kta bergaul dengan orang bukan islam kerana mungkit rakan sekelas dengan kita & mungkin mereka kumplan belajar kita… Oleh itu nilai betul2 dengan siapa kita berkawan & dengan siapa kita bergaul..  Ok.. :D InsyaAllah..

Huh.. Maafkan ana kalau banyak berkata2.. :D hehehhe

           OK kembali ke motif asal ana.. Ok kehidupan ana di Unimas.. hehhe
Alhamdulillah sekali lg… Syukur. Baik2 sahaja.. Pelajaran ana stakat ni Alhamdulillah.. Cuma ana perlu belajar Bahasa English lebih sbb subjek yg ana ambil di unimas smuanya dalam bahasa English Selain dari kelas Bahasa Melayu.. smuanya dalam B.I oleh itu ana nih dh lah x pandai sngat dalam English. Merangkak jugak lah ana.. mintak bantuan pakcik Google utk tolong transletkan utk ana.. heehhe supaya Asgment ana dapat di siapkan.. Baru first sem.. dah macam2 research kena buat.. Huh hahah.. inilah kehiduapan di university

.
            Kajian titas.. ana harus mengkaji organisasi & pusat tamadun Yg terdapat di negeri Sarawak nih.. hahah.. Alhamdulillah.. ana serta ahli kumpulan Berjaya utk mengumpulkan maklumat & sbagainya.. maka tempat yg di kaji ana ialah. Annah Bidayuh Longhouse.. iaitu kawasan rumah panjang etnik Bidayuh… di Daerah padawan.. perjalanan dari unimas mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit utk smpai ke destinasi.. MasyaAllah.. Pengalaman baru bg ana melihat budaya & cara hidup masyarakat yg asing dari pelusuk kota.. walaupun mereka merupakan generasi yg ke 4 namun Adat resam serta peninggalan nenek moyang mereka masih dapat dilhat dari suasana perumahan mereka yg memanjang.. walaupun dah maju.. tp mereka masih menjalankan aktiviti berkebun sbgai sumber ekonomi mereka.. Penanaman padi bukit, sayur-sayuran masih menjadi punca utama ekonomi mereka.. & jga sbgai sumber makanan seharian… Ana tidak melepaskan peluang utk menemu bual serta mndapatkan informasi dari penduduk sekitarnya mengenai kehidupan mereka sbgai etnik Bidayuh.. Nyata & jelas.. banyak perbezaan nya.. dengan kita di sini…
Selain itu.. ana jga perlu mmbuat kajian mengenai Pemasaran terhadap organisasi2 perniagaan di sekitar Kuching iaini.. mengkaji segala percaturan & pergerakan organisasi dari dalam ke luar, atas ke bawah  dan sebagainya.. projek ini aka nana jalankan kemudian apabila selesai Peperiksaan Pertengahan semester InsyaAllah… ada lagi perbincangan mengenai budget 2013.. Huh.. sesungguhnya.. mmng pengajian ana berkaitan dngn ekonomi.. maka itulah serba sdikit perkara yg akan di bincangkan & akn mnjadi sbhagian tugas buat ana utk di selesaikan.Kebanyakan Tugas2 ana ialah menjadi ketua dalam kumpulan..  Oleh itu tanggungjwab sbgai seorang khalifah ana cuba utk memberi 100% keyakinan & kesungguhan serta amanah dalam melakukan tugas InsyaAllah…



              Seterusnya.. Ana juga komited utk menyumbang tenaga dalam usaha dakwah & tarbiah Buat muslimin & muslimat yg menetap di kolej ana & sekitarnya.. Ana menyertai saf Sucie iaini Organisasi Surau Cempaka, surau kolej yg ana tinggal skrang ini.. Ana ditugaskan utk memegang portfolio ECONS iaitu.. berkaitan ekonomi.. hahah Mentang2 lah ana belajar perniagaan itu yg dipertanggungjawabkan utk ana.. InsyaAllah.. Ana Redha & iklas menerimanya & ana Akn memberikan kerjasama Sepenuhnya dalam Menggerakkan Saf Sucie.. InsyaAllah.. bantulah Ana. & ana juga akn mmbantu..

            Selanjutnya, ana ingin memperkatakan musibah & dugaan yg harus ana tempuhi sepanjang berada di sini.. InsyaAllah.. Musibah & dugaan yg paling besar ialah.. baru2 ni ana di timpa musibah iatu kemalangan.. Kemalangan yg tidak serius tidak melibatkan nyawa & kecederaan Tp melibatkan Ketabahan & kesabaran .. Di takdirkan bahawa.. pada hari ana keluar bersama ahli kumpulan utk mmbuat kajian titas. Ana terlibat dngn kemalngan iani kereta yg ana pandu melanggar kereta lain yg berada di hadapan ana.. Huh.. MasyaAllah.. dugaan ketika itu. Dngn beradanya ana disini Di Sarawak & di tempat orng mmbuatkan ana Rasa begitu kerdil & takut mnghadapi situasi bgitu.. Seharian Ana bekejara utk mnyelsaikan masalah yg di hadapi dngn pemilik kereta yg dilanggar & kereta yg ana sewa utk melakukan kajian.. akhirnya termaktub dngn undang2 dunia.. Apabila kita melanggar orng maka kita tetap akan bersalah. Keadaan ktika itu hujan itulah yg mnybabkan kenderaan yg dipandu ana tidak dapat dikawal dngan baik.. Brek kenderaan tersebut tidak berfunsi dngn baik.. oleh tiu kereta yg ana pandu terlajak apabila di brek & mnghntam kereta di hadapan..  Oleh itu wang ringgit yang mnjadi perbalahan.. Hurm.. Alhamdulillah Bantuan dari rakan2 serta sahabat2 usrah ana.. membantu meringankan beban ana..  terima kasih semua Terima Kasih Ya Allah.. Kerana Mengingatkan aku kepadaMu di kala aku kesempitan & dalam kesusahan.. InsyaAllah..
Masalah2 lain tdaklah begitu rumit, mgkin masalah pemakanan ana.. kesihatan ana masih baik. Tp pmakanan ana hari2 lauk yg sama sahaja hahha.. Nasi berlaukan ayam goreng..Limit sehari Rm 6 .. paling mahal pown skali makan rm 3 lebih huhuh.. air Sky juice je huhuh.. Lawak kan.. tp itulah apa yg ana makan stiap hari x pcaya.. x pcaya sudah.. mail ah jnguk2 ana.. heheh.. tp skarang ni boleh menarik nafas panjang & sdikit lega.. kerana menerima bantuan dari PTPTN. Ya ana memang mmbuat pemohonan kerana ana tahu keluarga ana x mampu utk mnampung  segala perbelanjaan ana di sini.. oleh itu inilah cara yg terbaik buat ana.. :D heheh

           Maka dengan itu.. Sedikit sebanyak telah ana kongsikan bersama Antum sekalian yang sudi utk menjenguk ana melalui halaman ini.. InsyaAllah.. jika Berkesempatan Berjumpa Lagi di lain hari.. hehhe 

InsyaAllah…

Assalamualaikum..

Monday, September 10, 2012

SELAMAT DATANG BUMI KENYALANG

Ahad - 9/9/2012


Assalamualaikum. Selamat ptg.. ptng yg menampakan awan yg berlainan di semenanjung awan sperti di lihat di ats gunung yg tinggi huh.. Alhamdulillah Allahuakhbar Kuasa Allah yg mahar besar.. Lokasi nya Ialah BUmi Kenyalang.. Sarawak..



Ya... akhirnya aku berada di sarawak... Sudah seminggu aku di sini.. Pelbagai perkara tlah aku tmpuhi shingga ke hari ini,... Wargh.. susah utk aku gmbarkan perasaan aku spanjang Minggu ini.,, Cabaran Dunia baru utk aku.,, HUH,, realiti & fantasi Mnggulung spesifikasi Aku dlm Terjemahan Terhadap UNIMAS..




PENANG AIRPORT




Firstly.. hari pertama pada 2/9/2012. Pg tuh aku akn menaiki Kapal terbang dari penang Ke kuching pada pukul 7 pg.. So smuanya sudah tersiap sdia... & pada pg itu.. aku bngun seawal 4.30 pg utk menyiapkan diri utk ke sana. BEg berat2 suma dh masukkan dlm keta.. bEg laptop ja blum.. Yg ada tiket flight dlm dia.. heheh... smua brng2 pntg dlm tuh termasuk fail borang2 yg perlu di unimas.. ok.. so pg tuh siap2 dh boh banrang2 dh.. so aku & family pown begerak ke Airport penang.. lalalal.. HUh hari terakhir aku tinggalkan umah aku.. Smpat aku tunaikan Solat Sunat hajat Taubat & tahjud Serta solat sunat musafir,.. sblum perjalanan dngn harapan & berdoa agr d permudahkan perjalananku.. pada hari tuh. kebetulan public holiday utk penang sbb ari jumaat sblumnya adalah hari cuti ganti utk hari merdeka.. so... perjalanan ke Airport x lah busy.. jambatan pown x lh full sbb owng cuti kerja hehe.. alhamdulillah.. Stelah smpai di airport.. brng2 di bawa turun.. & bru aku sedaq ktika tuh aku x bwak bersama Beg laptop aku tuh... What???? aku x bawak huh. Paham2 je lah. apabila ksmua bnda pnting ada dlm tuh.. perasaan aku ni 1001 mcm.. x tau nk habaq lgu mana dh.. Pnya terketaq2 dn takut nk bgtau ayah aku sbb aku tertinggal bnda paling pnting.. aku bgtau kt mak aku, mak aku pown dh smcm dh, hurm2 paham2 je lah tiket pown ada kt situ skali.. HUH!!!!.. Lpas tuh mula kalot.. mak suwuh ayah aku patah balik p amik kt umah..



NK di jdkan crita.. waktu pjalanan nk mai pown ayah x ingat jalan & sering kali Silap jalan.. So keyakinan & probability utk ayh smpai umh dngn cepat & Pantas tnpa silap apa2 adalah skit.. Tp tetap suwuh ayh p jgak. dlm masa yg sama mak terfikir utk Mntak tlong kat saudara Iaitu Ida & paklang.. Dngn kelam kabutnya mak pown call lh mntak tlong dpa.. So.. Alhamdulillah Dpa bleh tlong. Tp ayah jgak dlm masa sma patah balik utk amok brg tuh.. Mak tpon ayh bgtau yg dia dh mntak tolong kt pak lang.. Ayah pown patah balik ke airport.. sbb dngn keadaan nya YG marah & kelam kabut berkejaran masa kerana jam wktu itu 5.30 pg & aku perlu cek in pkul 6.15 pg,, so phm2 je lah mmg kulim ke Airport penang 45 mnit ka.. HUh tuh dh abih laju dh tuh. hahah..

So kita teruskan.. Ketika itu Ida pown p lah umah aku ngn ayh dia iaitu pak lang.. masalah2 dmi masalah berlaku.. pintu pagar umah plak berkunci.. si ida nih dh lah badan besaq.. so terpaksalah dia pnjat jgak pagaq tuh.. & bila dh bleh pnjat nk msuk umah.. kunci plak x dak. dia x cari x jmpa.. lg skali mak aku bgtau yg tngkap kbtulan x tutup.. so dia pcah masuk kot tngkap.. ok.. stop dulu.. Smntara aku di airport.. brjumpa dngn sahabat2 baru aku Iaitu Zafran , Firdaus , & Hafizudin. dpa suma siap lngkap dh.. & depa suwuh aku p cek in barang dulu.. Alahai mcm mana aku nk cek in barang kalau tiket & no tiket aku xdak.. Aku x hafal lngsung & aku x tulis lngusng kt mana2 tmpat utk smpanan aku.. masalah dmi masalah timbul.. wargh... ke sana ke sini ke hulu ke hilir. aku berlari utk menenangkan fikiran.. P ke kaunter pertanyaan.bgtau masalah aku & cuba utk selesaikan .. so depa mintak no booking tiket.. Wargh tiket x dak kat aku.. Oleh itu.. waktu & ketika itu.. aku cntact Ida tuh suwuh cek Tiket dlm beg aku & then bg tau no. booking tiketnya.. Alhamdulillah.. Smua nya selamat.. aku dpat cek in barang.. Di denda rm10 sbb kira x bwk tiket. dpa print lain..

OK. & kmudiannya resah tuh kurang & mula lh mndengar peleteran Dari ayah... Wargh. Aku x tau nk kata pa dh.. sngap ja.. ayh kta aku tngok tenang ja. dia marah2 aku sbb mcm x kisah ja huh..!! yg aku nih.. Dh rassa tkut sedih.. smua ada.. Sbb borang2 & tiket still ada dlm beg tuh.. So Suwuh ida & paklang lh bawak mai Airport.. Dlm keadaan masa yg genting.. aku x habih2 tngok jam ja.. HUh!! menunggu panggilan utk msuk cek in ke dalam cabin.. Telefon sntiasa berhubung berterusan.. masa yg berlalu bgitu pantas ku rasakan.. Akhirnya aku.. pAsrah & buat kali terakhir sblum aku berangkat ke sarawak aku bersalaman & berpelukan Bersama Keluargaku dngn mak & ayah.. wktu Tuh.. aku dh habih pasrah.. & mmng sedih sngat2 memikirkan.. tntang Beg yg aku tinggalkan tuh. huhuh.. air mata mula mngalir utk hati yg benak kerasnya.. Sumpama batu.. akhirnya lebur dek kekalahan Minda & akal Yg berada pada keadaan x terkawal huhuh...

Akhirnya aku tunggu kt pnghujung pintu slepas bersalaman dngn Fmly.. Syukur alhamdulillah.. saat2 akhir aku masuk & aku orng terakhir yg masuk & Syukur. ktika aku nk msuk tuh,, Alhamdulillah Pak lang dh smpai dngn beg laptop tuh.. Ayah pown berkejaran dtang kt aku utk bg beg laptop tuh.. So aku pown mneruskan perjalanan Tnpa smpat toleh ke blakang.. dalam keadaan kekalutan. bertmu dngn shabat yg bersama2 utk ke unimas.. dpa pown antara orng yg lewat nai flight. heheh... Dpa tuh aku kenal melalui fb ja. heheh. So berkalutan kami berkejaran spotcheck dn berlari trus utk naik flight.. hahaha.. Alhamdulillah smpat naik flight...

Perjalanan di mulakan. Seat aku bersebelahan Dngn zafran orng pertama yg aku tahu asal dari kulim dapat ke UNIMAS so aku book tiket skali ngn dia.. lalala...


 kami duduk berseblahan dia duduk tp tingkp aku tngah2.. hahah dpa smua yg 1 flight ngn aku tkut.. sbb tkut2 aku x smpat nak naik flight.. heheh alhamdulillah smpat aih... & berlmulalah perjalanan aku ke Sarawak Menaiki kapal terbang,, Perasaan teruja & segalanya Mnggamit di perasaan Nih.. huh Alngkah gmbiranya keinginan utk menaiki kapal terbang tercapai hahaha.. x yah susah2 nk plan.. len kali bleh naik bnyak kali hahaha.. So.. jgn jelous.. tp yg sedih nya.. agk boring lah.. perjalanan selama 2 jam duduk saja mmang meletihkan & mngantuk kan... walaupown di pagi hari.. lallalal...



So Dlm pkul 9 pg.. flight selamat mendarat di lapangan terbang kuching... Alhamdulillah.. dh selamat smpai kuching.. hehe.. PAkat turun flight.. so kena cek emegresen.. huh beratur panjang kot.. dh tuh.. dpan aku plak foreign people yg beratur dpa punya passport ada msalah plak bleh kata kauter yg sblah2 ngn aku tuh.. Dh habih dkat berbelas2 owng pown aku x bergerak lg.. grr.. gram gak lah.. besa lh first time. xtau mcm mana flow je lah.. lpas nih paham dh.. x dak masa nya aku nk beratur bg lmbt2. hahah.. so turun bawah dkat tingkat bwah utk amik barang.. Bila ramai owng tunggu beg so aku pown kalut2 utk amik beg aku. alhamdulillah beg aku aku wat tanda so snang nk jumpa.. tp bila aku dh dpat beg aku. alngkah terkejut & sedih nya.. Aku pabila.. beg aku tuh rosak.. Grr.. tangkai pemegang patah.. ni kes pekerja2 air asia lempaq2 ja beg nih.. Dah tuh x dak ganti rugi sedih gak lah. Hurm... So berjalan lh keluar aku dngn kesedihan. Melalui pintu keluar airport.. & yg sedang Mnunggu adalah Pelajar2 unimas.. yg mnguruskan perjalanan kami Utk ke UNimas Alhamdulillah.. x dak nk susah2 cari teksi ka apa ka huhuh.. So beratur lh aku.. Mndaftarkan nama & mnaiki Bas ke Unimas.. Wargh perasaan teruja terus menerus mmbuak2... di pg yg hening di bumi kenyalang lalalala.. SYOK NYA>...

PErjalanan ke unimas.. Bnyak roundbout hahah.. bleh buat sebuah skolah kat tngah2 dia tuh heheh... besaq2 sngat.. & bnyak rounboat.. Jalan dia mcm highway,, tp di labelkan sbgai jlan biasa.. yg tidk melebhi 80km/j huhuh tp srius kalau ampa p ampa kata highway ahhaha...


So pintu masuk unimas pown dh nmpak.. lalu aku pown terus di bawa masuk kedalam UNIMAS.. satu realiti kehidupan yg mendatang... lalala.. besaq gila.. siap ada padang golf lg.. huhuhu..so kami yg menaiki bas tuh. di bawak ke kolej kediaman Iaitu kolej cempaka... Setelah tiba di kolej beg aku yg begitu brat & susah utk di angkat mnaiki tangga.. aku di arahkan utk tinggalkan beg tuh & trus p dftar.. rupanya2 L.O2 atau snior2 tlong angkt alngkah trkejutnya aku.. xtau nk ckap pa dh,.. trima ksih bebanyak sngat2.. huhuh & waktu pndftaran tuh lah aku jmpa.. Cek Nadiah Eshak Senior yg aku kenal mlalui FB lalalal.. Rupanya Kecik2 ja owng dia.. hahah.. Nk tngok pown kena tunduk bawah huhuhu.. cik nadiah kalau bca jgn marah heheh.. So.. stelah selesai aku pown di berikan kunci blik. hahaha. x di sangka2 aku dpat sblik dngn firdaus & fizan yg aku kenal mlalui FB.. heheh.. so kena2 dh.. & mula mngemas & menyusn barang. wargh2 besaq nya beg aku & bnyk nya brng aku.


SEKITAR UNIMAS

 

JAMBATAN CINTA



BIlik kami bernombor K8A / 1 /13E iaitu blog A tingkat 1 Bilik 13 Bernombor E.. 1 bilik tuh 3 orang.. lalalal.. HUh sempit kot.. tngok lah gmbaq dlm bilik tuh.. Jpg korang akn jumpa hehehe...

hahaha tngok nmpak x?? bilik pown tudia aih.. Hurm.. nala jgak ar.. tp ok ar.. ada jgak kelengkapan2 lain.. Cuma Smpit skit utk aku & kwan2 blajaq.. huuhuh xpa redha je lah.. ngeh4.








Begitulah berlalunya hari pertma aku Di Unimas.....


InsyaAllah.. aku akn bersambung kemudian.. skian trima kasih...

Friday, August 31, 2012

1 SEPTEMBER 2012
SABTU  -

\


Assalamualaikum w.b.t. , Salam sejahtera, Salam keagamaan, Salam perpaduan, Salam kesejahteraan, Salam kehidupan, Salam perkongisan , Salam bersama , Salam kesarjanaan..

Namaku Amirul Amir bin Mohamad Noridan.. umurku sudah mncecah  20 tahun. Aku tinggal di Taman Selasih Kulim Kedah. Aku masih belajar & akan mula belajar di UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
bermula ESOK hari !!!

INI ada lah entry pertama aku utk blog ini. blog yg kedua utk diri aku.. BLOG PERTAMA???? haha hanya aku yg tau di mana blog pertama & apa isi kandungan nya .. itu hak milik peribadi. & juga Di privasi heheh
Kenapa?? ada lah itu aku pnya kehendak & kemahuan.. So jgn tnya bnyk layan blog aku yg baru nih..
Aku akn aktifkan diri bersama2 blog yg baru bermula hari ni kerana aku akn mnghadapi sesuatu yg baru bermula esok..

Kehidupan yg baru , kawan2 baru, tempat tinggal baru. barang2 baru, smuanya perkara baru bg aku.. Kerana aku akn memasuki alam universiti yg aku impi2kan selama ini.. Setelah 1 tahun setengah aku bertungkus lumus di SMK KELADI mengambil Peperiksaan STPM yg di ktakan exam yg paling susah utk score.. Alhamdulillah berkat usaha & doa serta rezeki seperti yg Di rencanakan Oleh ALLAH. aku berjaya utk mndapat kputusan yg cemerlan lalu mndapat tawaran utk meneruskan pengajian ke tahap yg lebih tinggi iaitu Ijazah..

IJAZAH PENGURUSAN PERNIAGAAN ( PEMASARAN) adalah kos yg ditawarkan utk aku smbung blajar... aku x kan sia2 kan akn aku amik peluang ini & belajar bersungguh2.. walaupun cita2 ku masih belum tercapai namun aku akn gigih berusaha utk terus maju kehadapan & Mengatasi segala cabaran Utk mencapai kejayaan..


> DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN <




Maka.. hari ini adalah hari terakhir aku berada di Rumahku Bersama2 keluarga2 yg tersayang.. & hari terakhir aku berada di Kulim sebelum aku bertolak ke SARAWAK pada esok pg sblum subuh...
Aku akn menaiki kapal terbang dari PENANG AIRPORT bersama2 beberapa sahabat yg lain yg ku temu di facebook yg sama2 mnadapat tawaran sambung belajar di UNIMAS..

Segala persiapan telah ku buat dngn terperinci, di smpan dngn baik utk di bawa ke sana.. terlalu banyak brang yg perlu di bwa & masih banyak brng yg perlu di beli di sana utk keperluan aku bila berada di sana..

Entry hari ni adalah permulaan bg aku sbgai Anak Yg akn bergelar anak perantau kerana Merantau di negeri Orng Yg x pernah aku jejaki.. Negeri Yg Merantasi lautan... Bumi Kenyalang nama Penyeri..
Cuti panjang bru dpat ku pulang kerana faktor wang & tiket penerbangan yg mnghalang ku utk pulang ke tanah air.. jika tidak berkesempatan Tahun hadapan baru aku pulang masa cuti raya.. hahaha.. Sungguh lama bila di fikirkan.. HUrm.. . 

Oleh itu aku kuatkan smangat.. Ku tanam kegigihan dalam diri, Ku semaikan keberanian dalam jiwa, Ku tajamkan fikiran Dalam Minda Utk aku merelakan Kesemua yg bakal aku tmpuhi,,,

Kenangan di sini pasti tdak dpat di lupakan.. I will miss anything.. my family espacially,, huhuh. walaupown berat. akn tetap ku gagahi jua heheh

Ok mgkin smpai stakan ni saja entry utk hari ini.. yg pertama utk blog yg baru ni.. huhuhu

Doakan perjalanan ku ke sana & pengajian ku di sana.. & pasti ku doakan kalian di sini (kulim)

buat fmly& saudara mara jgn sedey2 cek p jauh2 nih.. nk smbung blajaq inysaAllah blik jgak nanti... 
buat kawan2 yg mana yg smbung blajaq jgak tuh buat yg terbaik.. do the best be the best. beat others ok.. jga diri di tempat orng.. Moga kita ketemu lg.. yg lain jgn putuss harapan InsyaAllah rezeki ada mana2 usaha dpatkan nya ok.. 
buat cg2 trima kasih kerana bnyak mmbantu saya selama ini... ok.. 
& kes asing utk cg syed.. selamat pengantin baru. nanti.. sorry sbb x dpat nk balik masa hari perkahwinan cg nanti huhuh sedey.. sedey x dpat nk jumpa abg am.. Abg am.. doakan amir ok.. :D

x sabar menanti hari esok.. huhuhh 

 CHill out..  ok.. 


ok tuh saja... Sekian.. terima kasih..