Sunday, October 14, 2012

Unimas Sem 1 Versi 1 :D



Assalamualaikum.. 

Antum  Khaifahaluka/khaifahaluki ? InsyaAllah.. Ana Alhamdulillah bil khoir..
Sudah lebih sebulan ana berada di Unimas..  dah masuk minggu ke 6 ana di sini… Alhamdulillah.. Syukur ana dapat membiasakan diri ana dengan persekitaran di sini..
Pelik !!! terkejut !! ???? Kenapa ?? ana bahasakan diri ana ana.. ialah bahasa arab yg membawa maksud saya… InsyaAllah ana ingin belajar bahasa Arab. Oleh itu mohon utk mempermudah cara bg ana.. ana akn sentiasa mentarbiah diri utk mengaji bahasa Arab.. Persediaan & usaha mesti lah dilakukan.. kalau x ia x akan berhasil betul x ?? heheh… Oleh itu antum sekalian bantulah ana utk memantapkan lagi bahasa arab utk keperluan diri ana. InsyaAllah..
Apa yg ana buat di unimas sepanjang bulan pertama ini??
Oh.. Soalan yg bagus lagi bijaksana.. InsyaAllah ana akan kupaskan sedalam2 nya & ana akn yg terperincikan apa yg ana lalui di sini sepanjang  sebulan ana di sini InsyaAllah..

Pertama kalinya ana ingin memohon seribu kemaafan kerana ana tidak dapat utk berkongsi kisah & cerita dngn antum skalian melalui halaman ini.. kerana dek kesibukan yg melanda.. ana terpaksa  & perlu untuk menyelesaikan segala tugas & kerja Yg tertangguh & diberi.. oleh itu masa utk ana mengarang & berblog adalah terhad.. oleh itu.. ana cuba utk berkongsi jua.. utk tatapan bersama.. InsyaAllah.. Yg baik itu dari Allah.. Yg buruk itu dari kelemahan diri ana sendiri.. Mohon tegur lah ana.. agar ana sentiasa berada dalam landasan yang benar.. kerana ana & antum sekalian hanya manusia biasa.. tidak sempurna…  Mohon bantu lah ana InsyaAllah.. jangan biarkan ana hanyut dngan penipuan & kesilapan2 kecil yg mampu mndorong diri ana melakukan kemungkaran InsyaAllah.. Amal makruf Nahi Mungkar..

       Terjemahan dari Potongan ayat dalam Al-Quran  




Aku Tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka  beribadah kepadaku (Al-Dzariyat :56)


Apa yg cuba ana sampaikan ialah.. Tugas kita di muka bumi ini ialah utk menjadi khalifah & beribadah kepada Allah s.w.t .. serta mengerti tentang Islam sedalam dalamnya.. maka dengan itu, tuntut lah ilmu kerana menuntut ilmu itu adalah wajib..  Sebagai pengolahannya.. ana skrang menuntut ilmu di Universiti Malaysia Sarawak.. dalam bidang perniagaan.. Di samping ana menuntut ilmu dunia.. ana juga tidak ketinggalan untuk menuntut ilmu dari sahabat sahabat yang mampu mendorong ana ke jalan kebenaran.. InsyaAllah.. Ukhwah itu penting.. Kerana dngn ukhwah lah kita dapat memperbaiki diri di samping membantu sahabat2 yang lain.. ketahuilah bahawa berkawan juga mempunyai adab.. adab berkawan ialah kita harus memilih kawan yang baik2 iaini mereka yg soleh yang mampu membimbing serta menasihati kita melakukan amal ibadah kepada Allah insyaAllah.. Berlainan dengan bergaul.. Ya kita boleh bergaul dngn sesiapa sahaja.. tp jangan kita jadikan rakan pergaulan kita sebagai sahabat & kawan yg mampu membimbing kita melakukan ibadah.. contoh nya.. Kita berkawan Dengan Muslimin & Muslimat..  Yg Baik agamanya.. Serta Ilmunya agar dapat membantu kita.. & kta bergaul dengan orang bukan islam kerana mungkit rakan sekelas dengan kita & mungkin mereka kumplan belajar kita… Oleh itu nilai betul2 dengan siapa kita berkawan & dengan siapa kita bergaul..  Ok.. :D InsyaAllah..

Huh.. Maafkan ana kalau banyak berkata2.. :D hehehhe

           OK kembali ke motif asal ana.. Ok kehidupan ana di Unimas.. hehhe
Alhamdulillah sekali lg… Syukur. Baik2 sahaja.. Pelajaran ana stakat ni Alhamdulillah.. Cuma ana perlu belajar Bahasa English lebih sbb subjek yg ana ambil di unimas smuanya dalam bahasa English Selain dari kelas Bahasa Melayu.. smuanya dalam B.I oleh itu ana nih dh lah x pandai sngat dalam English. Merangkak jugak lah ana.. mintak bantuan pakcik Google utk tolong transletkan utk ana.. heehhe supaya Asgment ana dapat di siapkan.. Baru first sem.. dah macam2 research kena buat.. Huh hahah.. inilah kehiduapan di university

.
            Kajian titas.. ana harus mengkaji organisasi & pusat tamadun Yg terdapat di negeri Sarawak nih.. hahah.. Alhamdulillah.. ana serta ahli kumpulan Berjaya utk mengumpulkan maklumat & sbagainya.. maka tempat yg di kaji ana ialah. Annah Bidayuh Longhouse.. iaitu kawasan rumah panjang etnik Bidayuh… di Daerah padawan.. perjalanan dari unimas mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit utk smpai ke destinasi.. MasyaAllah.. Pengalaman baru bg ana melihat budaya & cara hidup masyarakat yg asing dari pelusuk kota.. walaupun mereka merupakan generasi yg ke 4 namun Adat resam serta peninggalan nenek moyang mereka masih dapat dilhat dari suasana perumahan mereka yg memanjang.. walaupun dah maju.. tp mereka masih menjalankan aktiviti berkebun sbgai sumber ekonomi mereka.. Penanaman padi bukit, sayur-sayuran masih menjadi punca utama ekonomi mereka.. & jga sbgai sumber makanan seharian… Ana tidak melepaskan peluang utk menemu bual serta mndapatkan informasi dari penduduk sekitarnya mengenai kehidupan mereka sbgai etnik Bidayuh.. Nyata & jelas.. banyak perbezaan nya.. dengan kita di sini…
Selain itu.. ana jga perlu mmbuat kajian mengenai Pemasaran terhadap organisasi2 perniagaan di sekitar Kuching iaini.. mengkaji segala percaturan & pergerakan organisasi dari dalam ke luar, atas ke bawah  dan sebagainya.. projek ini aka nana jalankan kemudian apabila selesai Peperiksaan Pertengahan semester InsyaAllah… ada lagi perbincangan mengenai budget 2013.. Huh.. sesungguhnya.. mmng pengajian ana berkaitan dngn ekonomi.. maka itulah serba sdikit perkara yg akan di bincangkan & akn mnjadi sbhagian tugas buat ana utk di selesaikan.Kebanyakan Tugas2 ana ialah menjadi ketua dalam kumpulan..  Oleh itu tanggungjwab sbgai seorang khalifah ana cuba utk memberi 100% keyakinan & kesungguhan serta amanah dalam melakukan tugas InsyaAllah…



              Seterusnya.. Ana juga komited utk menyumbang tenaga dalam usaha dakwah & tarbiah Buat muslimin & muslimat yg menetap di kolej ana & sekitarnya.. Ana menyertai saf Sucie iaini Organisasi Surau Cempaka, surau kolej yg ana tinggal skrang ini.. Ana ditugaskan utk memegang portfolio ECONS iaitu.. berkaitan ekonomi.. hahah Mentang2 lah ana belajar perniagaan itu yg dipertanggungjawabkan utk ana.. InsyaAllah.. Ana Redha & iklas menerimanya & ana Akn memberikan kerjasama Sepenuhnya dalam Menggerakkan Saf Sucie.. InsyaAllah.. bantulah Ana. & ana juga akn mmbantu..

            Selanjutnya, ana ingin memperkatakan musibah & dugaan yg harus ana tempuhi sepanjang berada di sini.. InsyaAllah.. Musibah & dugaan yg paling besar ialah.. baru2 ni ana di timpa musibah iatu kemalangan.. Kemalangan yg tidak serius tidak melibatkan nyawa & kecederaan Tp melibatkan Ketabahan & kesabaran .. Di takdirkan bahawa.. pada hari ana keluar bersama ahli kumpulan utk mmbuat kajian titas. Ana terlibat dngn kemalngan iani kereta yg ana pandu melanggar kereta lain yg berada di hadapan ana.. Huh.. MasyaAllah.. dugaan ketika itu. Dngn beradanya ana disini Di Sarawak & di tempat orng mmbuatkan ana Rasa begitu kerdil & takut mnghadapi situasi bgitu.. Seharian Ana bekejara utk mnyelsaikan masalah yg di hadapi dngn pemilik kereta yg dilanggar & kereta yg ana sewa utk melakukan kajian.. akhirnya termaktub dngn undang2 dunia.. Apabila kita melanggar orng maka kita tetap akan bersalah. Keadaan ktika itu hujan itulah yg mnybabkan kenderaan yg dipandu ana tidak dapat dikawal dngan baik.. Brek kenderaan tersebut tidak berfunsi dngn baik.. oleh tiu kereta yg ana pandu terlajak apabila di brek & mnghntam kereta di hadapan..  Oleh itu wang ringgit yang mnjadi perbalahan.. Hurm.. Alhamdulillah Bantuan dari rakan2 serta sahabat2 usrah ana.. membantu meringankan beban ana..  terima kasih semua Terima Kasih Ya Allah.. Kerana Mengingatkan aku kepadaMu di kala aku kesempitan & dalam kesusahan.. InsyaAllah..
Masalah2 lain tdaklah begitu rumit, mgkin masalah pemakanan ana.. kesihatan ana masih baik. Tp pmakanan ana hari2 lauk yg sama sahaja hahha.. Nasi berlaukan ayam goreng..Limit sehari Rm 6 .. paling mahal pown skali makan rm 3 lebih huhuh.. air Sky juice je huhuh.. Lawak kan.. tp itulah apa yg ana makan stiap hari x pcaya.. x pcaya sudah.. mail ah jnguk2 ana.. heheh.. tp skarang ni boleh menarik nafas panjang & sdikit lega.. kerana menerima bantuan dari PTPTN. Ya ana memang mmbuat pemohonan kerana ana tahu keluarga ana x mampu utk mnampung  segala perbelanjaan ana di sini.. oleh itu inilah cara yg terbaik buat ana.. :D heheh

           Maka dengan itu.. Sedikit sebanyak telah ana kongsikan bersama Antum sekalian yang sudi utk menjenguk ana melalui halaman ini.. InsyaAllah.. jika Berkesempatan Berjumpa Lagi di lain hari.. hehhe 

InsyaAllah…

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment