Thursday, October 18, 2012

Tarbiyah



Assalamualaikum.. 
:D   Senyum.. heheh.. Senyum seindah suria yang membawa cahaya… senyumlah dari hati duniamu berseri… senyum kepada semua.. senyumanmu membawa cahaya.. so.. senyum  :D
Adakah antum  mengikuti perkembangan ana.. jika ya.. trima kasih. Kerana sudi meluangkan masa..
Ya topic yang ana akan bawa kali ini ialah. Tarbiyah.. 







Apakah tarbiyah..  apakah kaitan kita sbgai makhluk yg diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan tarbiyah..& apakah tarbiyah yg dimaksudkan.. & bagaimana kta praktikan dalam kehidpuan seharian kita sbgai.. hambaNya..

Tarbiyah..

 TARBIYAH BUKAN SEGALA-GALANYA.. TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYAH….




Tarbiyah mengikut kefahaman ana. Ialah didikan, pendidikan, pengajaran, ilmu yang diajar InsyaAllah..  bagaimana pula dngan antum sekalian.. apakah bayangan antum terhadap Tarbiyah..

Tarbiyah

Menurut Dr Ali Abdul Halim Mahmud dalam buku beliau dengan judul terjemahan 'Perangkat-Perangkat Tarbiyah Ikhwanul Muslimin', mendefinisikan tarbiyah

"Apa maksud TARBIYAH?," tanya kita.

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)
 

Berdasarkan definisi tersebut dapat difahami bahawa tarbiyah melibatkan hubungan sosial sesama manusia di sekeliling kita. Justeru manusia punya pelbagai ragam dan latar belakang tersendiri yang tidak boleh tidak perlu diberi perhatian sewaktu kita ingin melibatkan seseorang ke dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. Kita bukan mentarbiyah robot yang 100% akan mengikut segala cakap dan arahan kita. Tidak punya emosi dan perasaan, tidak punya akal fikiran, tidak punya tanggungan dan beban lain yang perlu diberi perhatian. Tapi kita mentarbiyah manusia!




Dalam membahaskan tentang tarbiyah, ada dua kata kunci penting iaitu tathwir dan taurith.

Tathwir ialah pengembangan.

Ertinya tarbiyah bertujuan mengembangkan potensi seseorang yang mentarbiyah dan ditarbiyah. Setiap manusia punya potensi kebaikan dan kejahatan seperti yang ALLAH ungkapkan dalam surah asy-Syams; 91:7:

Maka KAMI ilhamkan kepada jiwa itu jalan fujur dan jalan taqwa.

Justeru tarbiyah bertujuan mengembangkan potensi taqwa mengatasi potensi dan kecenderungan berbuat dosa.

Selain itu, turut dikembangkan dan diberi perhatian ialah potensi dalam diri seseorang yang kadang-kadang menjadi kelebihan khusus bagi dirinya dan mendatangkan manfaat yang besar buat dakwah. Contohnya kebolehan seseorang dalam menulis, menyampaikan syarahan di hadapan ribuan manusia dan kebolehan mengendalikan sebuah kursus motivasi pelbagai peringkat umur dan status sosial masyarakat.

Manakala Taurith pula bermaksud pewarisan.

Yakni tarbiyah ialah sebuah pewarisan ilmu dan amal. Kerana itulah wujudnya murabbi dan mutarabbi. Seorang murabbi BERKEWAJIPAN mewariskan bukan sekadar ilmu, tapi juga amal da'awi dan tarbawi kepada mutarabbinya. Kemudian mutarabbi tersebut juga lambat laun perlu menjadi murabbi kepada generasi seterusnya dan turut sama BERKEWAJIPAN mewariskan ilmu dan amal. Hal inilah yang bakal menjamin kelangsungan gerak kerja dakwah dan tarbiyah di sesuatu tempat.

Dalam menjalankan proses tarbiyah, pelbagai kendala perlu ditempuh. Pada masa yang sama juga beberapa fenomena sering berlaku akibat masalah yang menimpa. Ada halaqah yang tidak konsisten dilaksanakan, ada murabbi yang tidak mengambil berat perihal peribadi mutarabbi, ada murabbi yang tidak disiplin, tidak menepati masa, ada mutarabbi yang tidak menjaga ukhuwwah sesama ‘halaqah-mate’ yang lain, ada mutarabbi yang tidak menunjukkan minat untuk beramal jama’ie, dan lain-lain. Ringkasnya, ada masalah yang datang dari murabbi dan ada yang berpunca dari mutarabbi. Ada lagi fenomena yang berlaku akibat kendala dalaman, dan ada juga yang berpunca dari kendala luaran.& sebagainya.


Mungkin antum semua sukar untuk memahami mengikut definisi di atas. Begitu juga dengan ana.
Biasalah, orang baru nak berjinak-jinak mestilah payah nak faham dengan sekali baca kan? Ok, antum baca pula definisi tarbiyah yang lain.

"Apa maksud TARBIYAH?", tanya kita lagi terpinga-pinga.
 
Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik
dinamakan Murobbi.


Haa. Semakin jelas di situ nampaknya. Namun, kadang-kadang kita masih keliru. Amende la
TARBIYAH ni kan.


"Apa maksud TARBIYAH?", terpinga-pinga kita bertanya lagi.
 Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan 
menyenangkan (tidak membosankan).

3. Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.

4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.
 

Oleh itu apa yg ana dh khabarkan ke antum mengenai tarbiyah sedikit sebanyak telah mempermudahkan antum sekalian.. InsyaAllah.. Ilmu adalah wajib dipelajari.. tidak kisahlah apa bentuk ilmu yang dipelajari.. Cuma cara kita amalkannya.. & niat kita

Ingat !!! NIAT TIDAK SEMESTINYA MENGHALALKAN CARA ..!!!!

Janganlah sampai menjadi najis bak kata Ustaz Azhar Idrus oleh itu kita pelihara ilmu kita baik2 & amalkan sebaik yang mungkin.

Ana sekarang dalam proses mentarbiyah diri… da nana sendiri ada murrabbi & ana sebagai muttarrabbi.. InsyaAllah… Ana Ingin menuntut ilmu & utk dikogsikan serta di manfaatkan bersama  antum sekalian.

TARBIYAH BUKAN SEGALA-GALANYA.. TAPI SEGALA-GALANYA BERMULA DENGAN TARBIYAH….





Sekian Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment